Tarikh: 16 Oktober 2013
Gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada dua penggiat seni tanah air iaitu Rosyam Nor dan Ramli Sarip nyata menyemarakkan lagi semangat mereka untuk memaju dan memartabatkan industri hiburan negara ke arah masa depan yang lebih baik.
Bagi Rosyam Nor yang menerima dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM), penganugerahan itu akan menjadi motivasi kepadanya untuk bekerja lebih keras dan mengeluarkan hasil seni yang berkualiti.
"Melihat pengiktirafan yang diberikan ini, saya harus bekerja lebih kuat lagi bukan sahaja untuk diri saya, malah ia juga merupakan tanggungjawab saya untuk terus menyumbang idea untuk industri dan selagi ada idea, saya akan terus berjuang," katanya.
Sementara itu penyanyi Ramli Sarip yang menjadi penerima tunggal DPSM (Kehormat) berkata penganugerahan itu memberi makna besar pada dirinya untuk terus berkarya dan menyalurkan bahan dan informasi menerusi cara tersendiri.
"Saya tidak terfikir akan dianugerahkan pingat kebesaran ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka kerana mengiktiraf golongan seni yang berkarya," katanya selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka sempena ulang tahun hari jadi Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob yang ke-75.
Sumber : Media Hiburan
Sumber : Media Hiburan
0 comments:
Post a Comment