Ferrari FFXialah antara kereta beprestasi tinggi termahal di dunia dengan harga saranan USD 1.8 Juta. Ianya
juga tidak mampu dimiliki oleh semua orang kerana hanya satu sahaja FFX
dibina setakat ini. Untuk insan marhaen seperti kita, impian memiliki
sebuah Ferrari tidak akan kesampaian. Oleh itu ramai Malaysians mengubah
kereta Proton dan Perodua untuk kelihatan seperti kereta mewah
kontinental.
Johannes Langeder,
seorang artis dari Jerman mempunyai idea yang lebih bernas. Beliau
menghasilkan Ferrari FFX yang diperbuat daripada aluminium dan masking
tape. Sebelum ini Johannes Langeder pernah menghasilkan sebuah Porsche
dengan menggunakan bahan binaan yang sama. Ferrari FFX rekaan Johannes
Langeder diberi nama Fahrradi Farfall FFX (Basikal Rama-Rama FFX dalam bahasa Malaysia). Ferrari ini menggunakan sepenuhnya kuasa manusia kerana ianya sebenarnya lebih basikal daripada kereta.
Sumber : Blog Serius
0 comments:
Post a Comment