Tarikh: 17 Oktober 2013
Menerusi akaun Twitter, ahli kumpulan Wonder Girls, Sun dan suami, James park telah berkongsi berita kelahiran anak sulung mereka, Rabu lalu.
Bintang K-pop ini memaklumkan telah menjalani proses kelahiran di rumah sahaja.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sepanjang proses kelahiran ini. Saya akan membesar anak perempuan ini dengan sebaiknya," ujar Sun.
Sun dan suaminya mula berkenalan sejak 2010 selepas bertemu di program kebajikan di Haiti sebelum melangsungkan perkahwinan pada Januari lalu.
Sumber : Media Hiburan
Sumber : Media Hiburan
0 comments:
Post a Comment