Sunday, 27 October 2013

Wow Kreatif! : Kereta BMW Diubah Dan Disaluti Menggunakan 39999 Kepingan Emas!!


Kereta yang begitu mahal tetapi apabila ianya disaluti menggunakan 39999 kepingan emas, harganya memang tidak terhingga.






Sumber : Pen Patah

Thursday, 24 October 2013

Wow Artis! : FBI Sah Tinggalkan Hot FM 16 November Ini !


fbi

Teka teki pengunduran Faizal Ismail daripada stesen radio Hot FM akhirnya terjawab apabila sebentar tadi PRO stesen radio tersebut telah menghantar kenyataan berhubung perkara ini kepada Media Hiburan Online.
 
Berikut adalah kenyataan penuh yang diberikan; 
 
"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013. Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013. FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima anugerah penyampai radio lelaki popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan. Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti. Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."
 
Media Hiburan juga dimaklumkan pihak Hot FM akan mengdakan sidang media berhubung perkara ini pada minggu hadapan.

Sumber : Media Hiburan

Wednesday, 23 October 2013

Wow Cun! : Hukum rejam di Brunei !




BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan secara berperingkat hukuman Islam lebih keras termasuk rejam hingga mati bagi pesalah zina.

Baginda bertitah demikian ketika mengumumkan Akta Kanun Keseksaan Syariah yang akan berkuat kuasa selepas enam bulan secara berperingkat, semalam.

"Pelaksanaan undang-undang ini adalah sebagai memenuhi tanggung jawab kepada ALLAH SWT," titahnya yang dipetik laporan AFP

Berdasarkan butiran kes tertentu, hukuman juga termasuk memotong tangan bagi kesalahan mencuri dan sebatan untuk kesalahan pengguguran bayi dan minum arak.

Kita bila lagi? :D

Sumber : Sinar Harian

Wow Pelik! : Facebook Ditutup 15 Mac 2014 !!??



Mark Zuckerberg
 PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2014. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

MARK ZUCKERBERG

 "Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.
Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi 

Saturday, 19 October 2013

Wow Lawak! : KL Gangster 2 Parody *






KG GANGSTER 2

Kisah gangster kampung yang meletakkan tahap level Candy Crush sebagai penentu untuk menjadi ketua gangster di kampung mereka.

PELAKON UTAMA
Molek -- Man Belon
Jaws -- Joe Aziz
Tanglong -- Mienami
Chai -- Caca D'boss
Ajaib -- Arin Kucai
Abg Long Tong -- Fendi Balas
Raja -- Idlan Pon Pon
Naga - Don Boon Yi Siang

PELAKON TAMBAHAN
Lee Pas
Apai
Abu Perak
Boy
Didi
Lee
Farid Sabaruddin
Faiz Hizwan
Zaki Zainal

PELAKON LAGAK AKSI
Aepol Bakri

IDEA ASAL
KL Gangster 2 Trailer

KONSEP PARODY/ SKRIP
Kelvin Anthony
Ahmad Shafiqri
Caca D'boss

KREW PRODUKSI
Homegrown Productions

JURU KAMERA
Faiz Ridz
Khairil Azmir
Ahmad Shafiqri
Afiq Zulkefli

PENATA BUNYI
ElmiElmo
Darwina Azizis

GRAFIK
Afiq Omar

PENYUNTING
Afiq Zulkefli

PENOLONG PENERBIT
Ahmad Shafiqri

PENERBIT & PENGARAH
Afiq Zulkefli

PENERBIT EKSEKUTIF
Michael Christian Simon

-------
Produced by Homegrown Productions

Wow Islam! : Pengarah Filem Hina Nabi Menangis Mohon Keampunan ALLAH !




PENGARAH FILEM HINA NABI MENANGIS MOHON KEAMPUNAN ALLAH

Pengarah filem hina Nabi menitis air mata semasa haji
Arnold Van Doorn, bekas penerbit filem yang menghina Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi tetamu Allah menunaikan kewajiban haji pada tahun ini, air matanya tidak henti-henti saat tiba di Mekah.

Dia mencari saat yang paling bahagia ketika ini. Van Doorn akan menghasilkan filem yang bertentangan dengan filemnya yang terdahulu bertajuk Sayyidul Basyar (Penguhulu Manusia).

Melalui kenyataan kepada harian Saudi Okaz, dia mencari apa yang dia cita-citakan dalam Islam. Dia mengingatkan masa lalunya yang memerangi Islam dan seperti orang yang menangkap angin. Dia datang ke baitullah untuk meminta ampun dan meminta kepada Allah untuk menghapuskan kesalahannya di masa lalu.

Setelah kepulangannya dari haji, dia bertekad berkhidmat untuk Islam dan muslimin dengan mengerjakan suatu projek besar pembuatan filem yang menggambarkan Nabi adalah Nabi yang rahmat.

*Diterjemahkan dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Wow Pelik! : Status Paling Memalukan!



Masih sekolah mungkin, pakai tudung dan update status di Fb.. Ini lah status paling bangang dan memalukan.. 


Sumber : Berita Pantas

Wow Hebat! : Gol Berhantu Bayern Leverkusen !







  Jom saksikan gol berhantu dari pemain Bayern Leverkusen!


             
 Sumber : Berita Pantas

Friday, 18 October 2013

Wow Hebat! : Foto-Foto Menakjubkan Badai Matahari!

















Sumber : Renungan Harian


Senarai Bajet 2014 25 Oktober 2013



Senarai Bajet 2014 25 Oktober 2013 | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.
Antara fokus BAJET 2014 ialah :
Sektor perumahan mampu milik – menyediakan sejuta unit rumah dalam tempoh lima tahun (SPNB)
Mengurangkan defisit negara kepada 3.5%
Penekanan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Elaun dalam skim perkhidmatan awam
Bonus dan kenaikan gaji
Insentif cukai pendapatan dan korporat
Kenaikan kadar BR1M
Pemberian dana pinjaman
Pelepasan cukai untuk rakyat berpendapatan sederhana
Cuepacs minta bonus, kenaikan elaun.
KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.
Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.
Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.
Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini.
Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.
“Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini. – Bernama

Wow Artis! : Ahli Kumpulan Wonder Girls Bersalin Anak Perempuan!!



Menerusi akaun Twitter, ahli kumpulan Wonder Girls, Sun dan suami, James park telah berkongsi berita kelahiran anak sulung mereka, Rabu lalu. 
 
Bintang K-pop ini memaklumkan telah menjalani proses kelahiran di rumah sahaja. 
 
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sepanjang proses kelahiran ini. Saya akan membesar anak perempuan ini dengan sebaiknya," ujar Sun.
 
Sun dan suaminya mula berkenalan sejak 2010 selepas bertemu di program kebajikan di Haiti sebelum melangsungkan perkahwinan pada Januari lalu.

Sumber : Media Hiburan

Wow Artis! : Wawa Zainal Belum Sedia Bertudung Penuh



Kehadiran Wawa Zainal yang berhijab ketika menghadiri sidang media untuk mengumumkan perkahwinannya bersama Aeril Zafrel menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya.
 
Namun menurut Wawa, dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri dengan agama;
 
"Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama. Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.
 
"Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi," katanya.  
 
Mengharapkan kebahagiaan dengan perkahwinannya ini, Wawa turut memohon agar masyarakat tidak lagi memandang serong atas apa yang telah berlaku sebelum ini;
 
"Saya mohon agar kami diberi ruang untuk memulakan hidup baru sekeluarga. Janganlah kerana peristiwa lalu, tohmahan dan cercaan ini berterusan.
 
"Kasihanilah anak kami kerana dia tidak berdosa dan dia adalah cinta halal kami. Hentikan tohmahan dan cercaan yang bukan-bukan," ujar ibu kepada Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu.

Sumber :Media Hiburan

Wow Artis! : Tahniah Datuk Rosyam Nor & Datuk Ramli Sarip!


     
Gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada dua penggiat seni tanah air iaitu Rosyam Nor dan Ramli Sarip nyata menyemarakkan lagi semangat mereka untuk memaju dan memartabatkan industri hiburan negara ke arah masa depan yang lebih baik.
 
Bagi Rosyam Nor yang menerima dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM), penganugerahan itu akan menjadi motivasi kepadanya untuk bekerja lebih keras dan mengeluarkan hasil seni yang berkualiti.
 
"Melihat pengiktirafan yang diberikan ini, saya harus bekerja lebih kuat lagi bukan sahaja untuk diri saya, malah ia juga merupakan tanggungjawab saya untuk terus menyumbang idea untuk industri dan selagi ada idea, saya akan terus berjuang," katanya.
 
Sementara itu penyanyi Ramli Sarip yang menjadi penerima tunggal DPSM (Kehormat) berkata penganugerahan itu memberi makna besar pada dirinya untuk terus berkarya dan menyalurkan bahan dan informasi menerusi cara tersendiri.
 
"Saya tidak terfikir akan dianugerahkan pingat kebesaran ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka kerana mengiktiraf golongan seni yang berkarya," katanya selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka sempena ulang tahun hari jadi Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob yang ke-75.

Sumber : Media Hiburan