Tuesday, 14 October 2014

Wow Lawak ! : TYPO MEDIA-MEDIA DI MALAYSIA (13 GAMBAR)




Sempena #HariTypo1Malaysia hari ni, kami bawakan beberapa keratan gambar typo yang dilakukan oleh media arus perdana di Malaysia. - WowLawak

1 - Gembira Terima ...

2 - Kesian pokok getah



3 - No komen..


4 -  Yang ni bukan typo, salah terus.



5 - Mereka tidak bersalah...


6 -  Yang ni typo masa copy paste.



7 -  Jujurnya...



8 - Tau kt KJ ni mau mengamuk dia.



9 - TV2, kalau ye pon, cover-cover la sikit..



10 - Pilih... nak internet ke bini percuma




11 - PM baru Malaysia



12 - Bukan setakat turun pangkat, siap tukar bangsa lagihh



13 - Setinggi-tinggi tahniah juga dari kami..



Telco lama anda ada bagi duit?? Ada bagi Tiket Wayang FREE?? tiada kan?
Telco baru saya ada macam2 kelebihan !! Malah saya dibayar pula !

Nak ?? Kekalkan No. kesayangan anda sekarang !
Lawati Website saya ! >>Simkad Ajaib ToneExcel <3

GAMBAR & 3 VIDEO : PUTING BELIUNG MELANDA PENDANG, KEDAH




Kedah 14, Okt - Penduduk di Pendang, Kedah hari ini dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang berlaku di sana.

Insiden tersebut dipercayai dikesan dan dilihat orang awam pada pukul 4.30 petang berikutan angin kencang serta hujan lebat yang melandan kawasan tersebut

Memetik dari sumber Melvister, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku tetapi beberapa buah rumah dan juga sekolah di Kampung Alor Besar, Pendang dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian. - Siakapkeli.com





Kejadian telah berjaya dirakam didalam bentuk video yang kemudiannya dikongsi di laman sosial.







Telco lama anda ada bagi duit?? Ada bagi Tiket Wayang FREE?? tiada kan?
Telco baru saya ada macam2 kelebihan !! Malah saya dibayar pula !

Nak ?? Kekalkan No. kesayangan anda sekarang !
Lawati Website saya ! >>Simkad Ajaib ToneExcel <3


Wednesday, 12 February 2014

Wow Cun ! : Toyota Supra, kebangkitan semula sebuah legenda




TOYOTA SUPRA, nama yang cukup hebat dalam kalangan peminat kereta prestasi. Jentera yang dianggap sebagai legenda itu masih kekal menjadi sebutan ramai, malah, masih ada yang menyimpan hasrat untuk memilikinya walaupun ia tidak lagi dikeluarkan.

Baru-baru ini, Toyota memperkenalkan kereta konsep FT-1 sempena Detroit Auto Show. Sedikit kejutan daripada Toyota, jentera konsep agresif FT-1 itu dikhabarkan akan menggantikan Toyota Supra selepas pelbagai spekulasi sejak beberapa tahun ini.

Mungkin atas desakan berupa ancaman daripada kebangkitan beberapa model ikon lain seperti Honda NSX dan Nissan GT-R, Toyota jelas tidak mahu ketinggalan dalam segmen itu.

Sebagai kereta sukan ikonik, Supra popular dalam pelbagai permainan video, filem, video muzik dan juga rancangan TV.

Penampilan yang paling ketara ialah dalam filem lakonan mendiang Paul Walker, Fast and Furious dan siri permainan video seperti Grand Theft Auto, Gran Turismo, Forza Motorsport dan Need for Speed.

Jentera sport popular yang dihasilkan Toyota Motor Corporation antara 1978 hingga 2002 dihentikan produksinya secara rasmi pada tahun 2002.

Sungguhpun Toyota Supra berjaya menjadi tumpuan peminat kereta sport, Toyota seperti sengaja melambat-lambatkan pengeluaran versi baharu Supra.
Terdapat beberapa informasi yang kuat mengatakan Toyota Supra versi baharu akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2015. Ketika ini, ramai menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Toyota.

Ada juga yang mengatakan jentera Supra baharu ini sedang diuji dengan enjin hibrid yang mampu menjana lebih daripada 400 kuasa kuda.

Imbasan kronologi Supra

Jika dikenang kembali, Toyota Supra merupakan salah satu model yang paling popular secara global. Selain prestasi enjin yang berkuasa, ia turut menawarkan sistem penggantungan laras dan sistem brek berprestasi tinggi yang menjadikannya lebih fleksibel untuk digunakan di litar lumba.

Pada tahun 1979, Toyota mengeluarkan model yang dikenali sebagai Celica Supra berdasarkan Celica liftback.

Namun, Supra dibina lebih panjang dan lebih luas daripada Celica berserta penggunaan enjin 2.6 liter enam-silinder sebaris.

Pada ketika itu, enjin tersebut adalah enjin termaju Toyotadi mana ia menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik.

Pada tahun 1982, Toyota menggantikan penggunaan enjin tersebut dengan enjin 2.8 liter enam-silinder sebaris Dual-Overhead-Cam (DOHC) kepada generasi kedua Celica Supra. Menjelang 1986, generasi ketiga Toyota Supra diperkenalkan dengan enjin 200 kuasa kuda 3.0 liter enam-silinder sebaris.

Namun begitu, terdapat beberapa isu berkenaan tahap prestasi keseluruhan Supra generasi ketiga yang dikatakan tidak begitu mendebarkan. Kurang daripada satu tahun kemudian, Toyota menambah baik model tersebut dengan penggunaan enjin turbocas yang menghasilkan 230 kuasa kuda.

Revolusi baharu kereta sport pada sekitar 90-an turut memberi impak terhadap Supra generasi keempat (Mk IV). Supra Mk IV didatangkan dengan enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris yang menghasilkan 220 kuasa kuda dan tork maksimum 292Nm.

Jentera itu dipadankan dengan gear manual lima kelajuan bagi tugasan memacu tayar belakang selain pilihan varian automatik empat kelajuan.

Tidak lama kemudian, Supra menerima sistem induksi turbo berkembar yang mampu menghamburkan 320 kuasa kuda dan 427 Nm tork.

Mengikut beberapa data ujian, jentera legenda ini mampu melakukan pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) di bawah lima saat.

Prestasi jentera ini dikatakan mampu menandingi kehebatan jentera eksotik lain pada ketika itu.

Apa yang boleh dibanggakan, Toyota telah memuatkan teknologi paling maju pada masa itu termasuklah kawalan cengkaman, Limited-slip Diffential (LSD), rim aloi aluminium 17 inci, sistem penggantungan sport dan kotak gear enam kelajuan manual. Generasi keempat Supra kekal dan hampir tidak berubah di sepanjang produksi.

Kenapa Toyota Supra popular? Mengikut apa yang dikongsikan peminat jentera ini, Supra adalah antara kereta yang paling mudah menerima pengubahsuaian enjin.

Selain daripada prestasi yang kompetitif walau sehingga pada hari ini, Supra mempunyai nilai jualan semula yang sangat tinggi terutamanya model turbo dan transmisi manual.

Harapan baharu - Konsep FT-1

Jentera potensi gantian Supra telah beberapa kali dipratontonkan dengan pelbagai konsep sejak beberapa tahun lalu. Jika sebelum ini, konsep FT-HS antara yang terkuat untuk memberikan tanda kepulangan Supra ke dalam peringkat produksi. Namun, ia mungkin hanya khabar angin semata.

Pada Detroit Auto Show awal tahun lalu, Toyota melancarkan jentera konsep FT-1. Terdapat beberapa kemungkinan besar, FT-1 bakal menggantikan Supra. Sekiranya keputusan Toyota untuk merealisasikan kereta konsep FT-1 bagi menggantikan Supra, sudah pasti ia adalah satu perkhabaran yang baik kepada peminat kereta berprestasi tinggi.

Walaupun Toyota belum menyatakan sedemikian, tetapi ramai berkeyakinan bahawa Supra mungkin akan dilancarkan berdasarkan konsep FT-1. Jika diteliti, profil FT-1 kelihatan mempunyai beberapa persamaan titik disain untuk menggantikan Supra pada masa akan datang.

Daripada pandangan kasar terhadap imej FT-1, jentera itu diinspirasikan daripada konsep Formula 1 pada bahagian muncung hadapan.

Mungkin kelihatan agak keterlaluan, tetapi ia hanyalah di peringkat konsep. Terdapat beberapa ciri penggayaannya hampir serupa dengan Toyota GT86. Reka bentuk keseluruhannya agresif dan mementingkan aspek aerodinamik.

Drivetrain jentera konsep Supra ini masih lagi misteri. Terdapat banyak konfigurasi enjin yang dikhabarkan sejak beberapa tahun lalu. Ada yang mengatakan ia bakal berkongsi teknologi enjin V10 daripada Lexus LFA.

Setakat ini, terdapat konsensus yang menyatakan Supra baharu akan menerima enjin V6 3.5 liter hibrid yang menghasilkan kira-kira 400 kuasa kuda.

Daripada aspek sistem suspensi, Supra dijangkakan akan mengikut jejak langkah GT86 untuk menyediakan pengendalian yang lebih sporty tanpa menyisihkan skala keselesaan.

Kemunculannya dinantikan

Ramai yang mahukan Toyota membawa semula Supra ke dalam pasaran. Mungkin satu perkhabaran yang baik, Toyota akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan Supra versi baharu sebelum akhir tahun hadapan.

Walaupun ia masih berada dalam ruangan spekulasi, harus diingat, nama Supra itu sendiri adalah satu jenama yang besar dan Toyota harus mengambil langkah progresif untuk tidak membazirkannya.

Nak tahu ledakan JUALAN anda sebanyak 300%? Click sini!

Thursday, 28 November 2013

Wow Cun! : Perodua Buddyz Diperkenalkan !! (DESIGN KERETA YANG GEMPAK)


Memang cantik kereta Perodua Buddyz ini.

Perodua Buddyz ini membuat pernampilan sulung di KLIMS 2013 awal bulan lalu.

Kereta konsep jenis sedan ini amat unik dan cantik sekali. Ini ditambah bentuk rekaan moden dan rekaan dalaman yang canggih dan cantik. Ramai lelaki yang jatuh hati dengan rekaan ini.

Bagi admin rekaan ini boleh dimajukan dan dikatakan menjadi rekaan akan datang untuk kereta jenis sedan. Jika dimajukan dan dipasarkan secara menyeluruh, kereta ini mampu memberi impak yang besar kepada industri pemotoran di Malasyia.

Kalau korang rasa nak beli tak? Jom kita layan beberapa gambar cantik Perodua Buddyz :D












PROMOSI SEMPENA AKHIR BULAN NOVEMBER!! POWERBANK PINENG 100% ORIGINAL

Wednesday, 27 November 2013

Wow Gadget! : Dapatkan PowerBank Yang Mempunyai Capacity Yang Paling Tinggi ! 100% ORIGINAL



★ Ini PENYELESAIAN KEPADA MASALAH BATERI PHONE ANDA ★ TERBUKTI BERKESAN! 100% jaminan wang dikembalikan jika ianya menghampakan anda. Sudah LEBIH 300 unit TERJUAL. 8 SEBAB KENAPA ANDA perlu dapatkan powerbank terbaik ini daripada kami.
=-=-=-=-=-==-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
8 Ciri-ciri KEISTIMEWAANNYA :
[✔] 100% Original Powerbank dari Pineng Ltd [✔] 100% Kapasiti Bateri Sebenar. [✔] 100% di saluti oleh Aluminium Solid material untuk kemasan body yang Eksklusif [✔] Auto Cut Off Function. Powerbank akan Auto Off apabila bateri smartphone anda sudah 100% penuh di cas. [✔] 2 USB port untuk mengecas 2 phone serentak dalam satu-satu masa. [✔] Digital LCD screen untuk membantu anda mengetahui baki % kapasiti bateri powerbank. [✔] Ringan, Kecil, Mudah di bawa ke mana sahaja. [✔] Boleh mengecas Samsung S4 / Iphone 5 sebanyak 4X full (already tested).
=-=-=-=-=-==-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Ya ! Pasti Anda Suka Dengan Offer Terbaru Kami Ini !
Tawaran Eksklusif SEBANYAK 50% Untuk Anda ! Tidak Perlu Bayar -->
RM 290
RM 240
RM 200
Anda Hanya Perlukan RM 170 SAHAJA Untuk Dapatkan Powerbank Terbaik Di Pasaran Ini ! Jangan Bimbang, Ramai Yang Sudah Berjaya & Berpuas hati dengan powerbank Jenama Pineng ini.
------------------- TESTIMONI PELANGGAN ------------------- Klik link di bawah lihat testimoni: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1395900670652501.1073741832.1395546687354566&type=3
Adakah ia selamat digunakan? -Ya Terjamin selamat! Powerbank ini mempunyai auto cut off untuk mengelakkan short circuit.
Berapa kali boleh mengecas handphone dengan powerbank ini ? - Samsung Galaxy S4 - 6X - Apple iPhone 5 - 6X - Sony Experia - 7X - Blackberry - 7X - Model lain : averagely boleh mengecas sehingga 6x FULL bergantung kepada kadar bateri handphone.
****** BONUS ****** ★ PERCUMA FREE GIFT - Plug 3 pin adapter bernilai RM35 - di berikan secara PERCUMA - Pouch Bag Mini bernilai RM10 - di berikan secara PERCUMA
★ PERCUMA kos Penghantaran melalui Pos Laju Malaysia
★ JAMINAN : Warranty selama 1 TAHUN !!
------------------------ >> ORDER NOW << ------------------------ JANGAN TUNGGU SAMPAI ESOK. Tempah sekarang! KEPUASAN ANDA MATLAMAT KAMI.
Untuk Order Sila SMS kod <PN912> Ke 012-7973543 P/S: Saya akan PM anda laju-laju macam Rocket!! Arahan mudah pembelian diberikan selepas SMS di hantar.
- STOK TERHAD, stock Habis dalam masa kurang seminggu ! - PRODUK PALING LARIS . Sudah 300 unit telah terjual ! - JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN - PENGHANTARAN melalui POSLAJU adalah PERCUMA
Capai Handphone anda SMS/Whatsapp kod <PN912> Ke 017-7879824 Sekarang !
SEGALA MASALAH MENGECAS HANDPHONE ANDA AKAN BERAKHIR selepas anda menggunakan produk Pineng ini. Lawati Fanpage kami untuk mendapatkan lebih INFO ! -https://www.facebook.com/pages/Powerbank-Canggih-Malaysia/1395546687354566?ref=hl
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Sunday, 27 October 2013

Wow Kreatif! : Kereta BMW Diubah Dan Disaluti Menggunakan 39999 Kepingan Emas!!


Kereta yang begitu mahal tetapi apabila ianya disaluti menggunakan 39999 kepingan emas, harganya memang tidak terhingga.






Sumber : Pen Patah

Thursday, 24 October 2013

Wow Artis! : FBI Sah Tinggalkan Hot FM 16 November Ini !


fbi

Teka teki pengunduran Faizal Ismail daripada stesen radio Hot FM akhirnya terjawab apabila sebentar tadi PRO stesen radio tersebut telah menghantar kenyataan berhubung perkara ini kepada Media Hiburan Online.
 
Berikut adalah kenyataan penuh yang diberikan; 
 
"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013. Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013. FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima anugerah penyampai radio lelaki popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan. Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti. Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."
 
Media Hiburan juga dimaklumkan pihak Hot FM akan mengdakan sidang media berhubung perkara ini pada minggu hadapan.

Sumber : Media Hiburan

Wednesday, 23 October 2013

Wow Cun! : Hukum rejam di Brunei !




BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan secara berperingkat hukuman Islam lebih keras termasuk rejam hingga mati bagi pesalah zina.

Baginda bertitah demikian ketika mengumumkan Akta Kanun Keseksaan Syariah yang akan berkuat kuasa selepas enam bulan secara berperingkat, semalam.

"Pelaksanaan undang-undang ini adalah sebagai memenuhi tanggung jawab kepada ALLAH SWT," titahnya yang dipetik laporan AFP

Berdasarkan butiran kes tertentu, hukuman juga termasuk memotong tangan bagi kesalahan mencuri dan sebatan untuk kesalahan pengguguran bayi dan minum arak.

Kita bila lagi? :D

Sumber : Sinar Harian

Wow Pelik! : Facebook Ditutup 15 Mac 2014 !!??



Mark Zuckerberg
 PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2014. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

MARK ZUCKERBERG

 "Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.
Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi 

Saturday, 19 October 2013

Wow Lawak! : KL Gangster 2 Parody *






KG GANGSTER 2

Kisah gangster kampung yang meletakkan tahap level Candy Crush sebagai penentu untuk menjadi ketua gangster di kampung mereka.

PELAKON UTAMA
Molek -- Man Belon
Jaws -- Joe Aziz
Tanglong -- Mienami
Chai -- Caca D'boss
Ajaib -- Arin Kucai
Abg Long Tong -- Fendi Balas
Raja -- Idlan Pon Pon
Naga - Don Boon Yi Siang

PELAKON TAMBAHAN
Lee Pas
Apai
Abu Perak
Boy
Didi
Lee
Farid Sabaruddin
Faiz Hizwan
Zaki Zainal

PELAKON LAGAK AKSI
Aepol Bakri

IDEA ASAL
KL Gangster 2 Trailer

KONSEP PARODY/ SKRIP
Kelvin Anthony
Ahmad Shafiqri
Caca D'boss

KREW PRODUKSI
Homegrown Productions

JURU KAMERA
Faiz Ridz
Khairil Azmir
Ahmad Shafiqri
Afiq Zulkefli

PENATA BUNYI
ElmiElmo
Darwina Azizis

GRAFIK
Afiq Omar

PENYUNTING
Afiq Zulkefli

PENOLONG PENERBIT
Ahmad Shafiqri

PENERBIT & PENGARAH
Afiq Zulkefli

PENERBIT EKSEKUTIF
Michael Christian Simon

-------
Produced by Homegrown Productions